Hsien Loon tiba di Perdana Putra di sini pada pukul 10 pagi dan disambut oleh Mahathir dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Dua Perdana Menteri itu kemudian mengadakan pertemuan empat mata diikuti satu mesyuarat delegasi.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menghadiri mesyuarat itu.

Menurut Wisma Putra, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu keprihatinan bersama, mengkaji kemajuan kerjasama dua hala yang sedia wujud dan meninjau bidang kerjasama baharu demi faedah bersama.

Hsien Loong yang tiba di Malaysia semalam, diiringi beberapa menteri dan pegawai kanan republik itu.

Malaysia dan Singapura merupakan rakan perdagangan kedua terbesar antara satu sama lain dengan jumlah dagangan bernilai US$59.92 bilion (RM181.34 bilion) pada 2018. - Bernama