Perasmiannya disempurnakan Presiden China, Xi Jinping di Pusat Persidangan Kebangsaan China (CNCC).

Jinping yang mencetuskan cadangan dasar infrastruktur itu enam tahun lepas bagi tujuan menghidupkan semula Laluan Sutera yang pada zaman dahulu menghubungkan Asia dengan bahagian lain dunia, menerusi pembinaan landasan kereta api, lapangan terbang dan saluran paip, turut menyampaikan ucaptama pada majlis itu.

Dalam ucapannya, Jinping menggesa negara-negara yang mengambil bahagian supaya meneruskan pelaksanaan inisiatif berkenaan bagi mencapai pembangunan bermutu tinggi.

Beliau juga berkata, projek-projek Jalur dan Laluan harus mempertahankan prinsip perkongsian manfaat dan menyumbang bersama. - Bernama