Setibanya di Istana, Mahathir diberi penghormatan untuk memeriksa barisan kehormatan terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Filipina.

Mahathir diiringi oleh Duterte semasa memeriksa barisan kehormatan sambil lagu kebangsaan Malaysia dan Filipina dimainkan serentak dengan tembakan meriam 21 das.

Duterte kemudian mempelawa Mahathir ke istana yang menyaksikan Perdana Menteri Malaysia itu menandatangani buku pelawat sebelum mesyuarat antara delegasi Malaysia dan Filipina berlangsung yang diketuai oleh kedua-dua pemimpin. - Bernama