Bercakap kepada media selepas melancarkan "Beyond Paradigm Summit" di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau teruja dengan kebolehan robot itu terutama mimik mukanya seperti sebenar dengan eskpresi muka yang tepat.

"Amat mengagumkan kerana anda boleh lihat bentuk fizikalnya seperti sebenar... muka dan mata dia, malah mulut dia pun bergerak... bila dia respon dan mukanya beralih tengok saya, saya takut... macam ini saya takut kalau tengah-tengah malam jumpa yang ini saya lari lah," katanya bergurau.

Terdahulu, dalam pertemuan bersemuka dengan Sophia yang memakai baju kurung moden warna merah, Mahathir kelihatan terkedu dan kelu, dan memandangnya dengan penuh rasa kagum sehinggalah Sophia memulakan perbualan.

"Selamat pagi Mahathir, saya sangat teruja, saya harap belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah atas pemilihan semula anda dan selamat hari jadi yang ke-94," kata Sophia yang telah dibangunkan sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, Hanson Robotics dan diperkenalkan pada 2016. - Bernama
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siapa sangka Perdana Menteri berumur 94 tahun dapat berbual dengan robot. Tun Dr. Mahathir Mohamad kagum selepas bercakap selama lapan minit dengan sebuah robot humanoid sosial bernama Sophia hari ini. “Amat kagum kerana anda boleh lihat bentuk fizikalnya seperti sebenar, muka dan mata dia, malah mulut dia pun bergerak. Bila dia respon dan mukanya beralih tengok saya, saya takut, macam ini saya takut kalau tengah-tengah malam jumpa yang ini saya lari lah," kata Mahathir. Sophia yang memakai baju kurung moden hari ini merupakan robot bersifat manusia yang dihasilkan di Hong Kong dan mampu mengeluarkan pendapat berkaitan keamanan dunia. Selain itu, Sophia juga robot pertama yang mempunyai kerakyatan iaitu dari Arab Saudi. #kosmo #robotarabsaudi #robotbercakap #sohiasibijakpandai Foto oleh Bernama

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) on