Pengacara berwibawa itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 6 pagi tadi.

Berita itu disahkan oleh adiknya, Ida Lokman yang memberitahu mereka sekeluarga terkejut dengan kematian abangnya.

"Beliau meninggal dunia pagi tadi selepas waktu subuh. Buat masa sekarang, keluarga sedang menguruskan urusan jenazah.

"Maaf, saya tiada perincian tentang sebab kematian buat masa sekarang," jelasnya ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Pada September tahun lalu, pengacara yang mesra disapa Dale atau DD itu pernah koma selepas mengalami komplikasi akibat penyakit darah tinggi dan diabetes yang dihidapinya.

Sepanjang kariernya, Dale yang fasih dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Itali dan Perancis kerap diberi kepercayaan untuk mengacarakan pelbagai majlis berprestij di dalam atau luar negara.- K! ONLINE