Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, pemilik Mitsubishi Pajero itu dikatakan berhenti untuk membeli pisang goreng di sebuah gerai berhampiran masjid berkenaan.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, seorang lelaki melayu telah keluar daripada kenderaan terbabit menuju ke arah gerai goreng pisang.

"Kenderaan itu tetiba bergerak dengan sendiri menuju ke arah longkang berhampiran.

"Pemiliknya lupa menarik brek tangan menyebabkan bahagian hadapan Pajero itu masuk ke dalam longkang," katanya kepada Kosmo! hari ini.

Kejadian berkenaan menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan tersebut sebelum ditarik keluar dari longkang besar itu. - K! ONLINE