Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, bagaimanapun beliau tidak mengetahui empat lagi subjek yang lain memandangkan ia diputuskan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB).

"Terdapat lima mata pelajaran wajib termasuk Bahasa Melayu, tetapi bagi subjek lain, saya tidak boleh memberi komen bagi pihak lembaga," katanya kepada  pemberita selepas merasmikan majlis penutup karnival Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi (JMIPT) di sini, hari ini.

Nie Ching turut melahirkan rasa gembira UEC  pada tahap Senior Middle 3 diiktiraf sebagai kelayakan pada peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan A-Levels untuk menduduki peperiksaan CLP dan berharap semua pihak tidak mempolitikkan keputusan LPQB tersebut. - Bernama