Kata beliau, langkah itu tepat bagi melengkapi projek pembangunan Bukit Kayu Hitam dekat sini sebagai pusat logistik di sebelah utara Semenanjung Malaysia.

"Kita telah bincang dengan Menteri Kewangan Kedua untuk memajukan Bukit Kayu Hitam sebagai pusat logistik di sebelah utara kerana potensinya yang amat besar.

"Kalau kita nak majukan Bukit Kayu Hitam, memang tepatlah untuk kita naik taraf lapangan terbang di Alor Setar (LTSAH) ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Ekspo Muafakat Kedah di pekarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini. - K! ONLINE