Menerusi skim tersebut, pihak LPPSA dan MBSB Bank dapat membantu kakitangan awam untuk mengurangkan komitmen bulanan pembiayaan dengan bayaran balik pembiayaan dikongsi antara peminjam bersama dan skim ini akan mula diwujudkan dalam tahun ini juga.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Datuk Kamal Mohd. Ali, tujuan utama skim tersebut adalah untuk membantu peminjam, terutama kakitangan sektor awam untuk memperolehi jumlah pembiayaan yang lebih tinggi berbanding permohonan secara individu, sekaligus memberi ruang untuk pembelian rumah kediaman lebih selesa.

“LPPSA sentiasa membuka peluang kerjasama kepada institusi kewangan lain bagi memudahkan dan membantu kakitangan sektor awam memiliki rumah kediaman sendiri. Ini termasuk membenarkan pembiayaan bersama dalam kalangan pekerja sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara LPPSA dan MBSB Bank yang turut disaksikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ismail Bakar dan Pengerusi MBSB Bank, Tan Sri Abdul Halim. - K! ONLINE