PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini berkata kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin struktur bawah Jambatan Pulau Pinang dijalankan antara pukul 11 pagi dan 3.00 petang setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti kelepasan am.

PLUS berkata kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin itu tidak berkaitan dengan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelengaraan berjadual kabel Jambatan Pulau Pinang yang telah selesai pada 31 Julai lepas.  

Sehubungan itu PLUS menasihatkan pengguna Jambatan Pulau Pinang supaya merancang perjalanan dan mematuhi semua papan tanda serta arahan.

Pengguna juga dinasihat supaya mengikuti laman Twitter PLUSTrafik atau memuat turun aplikasi PLUS Mobile App untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di Jambatan Pulau Pinang serta semua lebuh raya kendalian PLUS. - Bernama