Kesesakan sepanjang empat kilometer itu disebabkan oleh lori terbabit yang terbalik sehingga merintangi semua lorong di lebuh raya berkenaan. 

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila lori tersebut yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 30 tahun telah hilang kawalan lalu terbalik dan dirempuh sebuah treler yang gagal mengelak kenderaan itu. 

Jurucakap PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) ketika dihubungi memaklumkan, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan berikutan kemalangan itu.

“Kemalangan berlaku kira-kira dua kilometer selepas susur masuk lebuh raya Ayer Keroh menghala ke Simpang Ampat dan trafik sesak selama dua jam kerana semua lorong terhalang.

“Bagaimanapun kedua-dua kenderaan telah dialihkan sepenuhnya dan laluan dibuka semula kira-kira pukul 3 petang,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - K! ONLINE