Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu turut menyebabkan kesesakan jalan yang teruk apabila kenderaan berat tersebut merintangi jalan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.31 petang.

Katanya, sepasukan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan kemudian diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

xxBuat masa ini operasi mengalihkan lori tangki minyak itu sedang dilakukan.

"Apabila tiba, anggota bomba mendapati sebuah lori tangki minyak dalam keadaan terbalik dan merintangi laluan berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu kenderaan tersebut hanya mengalami kecederaan ringan sebelum pasukan bomba melakukan kerja-kerja pembersihan kesan tumpahan minyak di situ," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Ling Hii menambah, buat masa ini operasi mengalihkan kenderaan berat tersebut sedang dilakukan. - K! ONLINE