Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.29 petang.

Menurut kenyatan itu, seramai 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort dikerahkan ke lokasi kejadian pada pukul 4.36 petang dengan sebuah jentera.

“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori trailer yang membawa muatan 32 tong berisi 25,300 liter bahan kimia.

“Akibat kemalangan itu beberapa buah penutup tong terbuka lalu menyebabkan tumpahan asid dan mengeluarkan wap (vapour),” katanya hari ini.

Susulan insiden berkenaan pasukan bomba bertindak melakukan pengosongan seluas 500 meter persegi bagi operasi pembersihan supaya bahan kimia tersebut merebak.

“Dalam pada itu, Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) Negeri Sabah turut terlibat dalam operasi ini,” katanya.

Sementara itu,Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd. Razak mengesahkan mengenai kejadian terbabit. - K! ONLINE