Dalam kejadian pada pukul 5.15 petang itu, mangsa yang berusia 30-an berjaya keluar dan menyelamatkan diri dengan merangkak menerusi pintu pemandunya.

Ketika kejadian lori membawa muatan barangan elektrik dalam perjalanan dari Gua Musang ke Jeli terundur ketika menaiki bukit sebelum terhumban ke dalam Sungai Nenggiri itu.

Seorang saksi, Mohd. Afiq Ismail, 32, berkata, lori berkenaan mungkin terlebih muatan menyebabkannya gagal menaiki bukit selepas melepasi jambatan.

“Sebaik lori itu berada di separuh bukit di hujung jambatan sementara, lori berkenaan tiba-tiba terundur semula.

“Pemandu lori terbabit gagal mengawalnya lalu terjatuh ke dalam sungai. Nasib baik hanya bahagian belakang lori itu tenggelam ke dalam sungai," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - K! ONLINE