Pemantau Malaysia Baharu melalui satu kenyataan semalam berkata, Lokman telah diminta hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sekitar pukul 2 petang untuk memberi keterangan berhubung satu video live bertajuk 'Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib' sebelum dimaklumkan bahawa beliau perlu ditahan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

"Beliau kemudiannya telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar pukul 10 malam untuk bermalam di lokap IPD dan berkemungkinan akan dibebaskan esok (hari ini) sekitar pukul 9 pagi.

"Pemantau Malaysia Baharu berasa amat kesal dengan penahanan ini dan menganggap tiada keperluan untuk beliau bermalam di lokap IPD berkenaan kerana beliau telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan," ujar kenyataan tersebut.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan penahanan Lokman dan memberitahu beliau kini ditempatkan di lokap IPD Dang Wangi. - K! ONLINE