Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret L. Umadevi sebentar tadi selepas membenarkan permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana kesalahan melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.

Lima suspek tersebut merupakan antara 22 yang diambil keterangan di pejabat SPRM negeri di sini semalam, namun 17 daripadanya telah dibebaskan dengan jaminan sejurus keterangan diambil.

Pada Rabu lalu, seramai 24 penguat kuasa JPJ direman selama tujuh hari bagi siasatan berhubung kes itu, bagaimanapun 23 daripadanya telah dibebaskan dengan jaminan sejak kelmarin.

Sementara itu, difahamkan kira-kira 20 lagi penguat kuasa JPJ akan dipanggil bagi memberi keterangan selepas ini bagi membantu siasatan. - K! ONLINE