Kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu membabitkan dua pasar mini serta sebuah restoran, kedai perkakasan dan premis menjual telefon bimbit.

Komander operasi, Timbalan Penguasa Bomba Johari Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran deretan kedai dua tingkat yang terletak di hadapan Hotel Grand Continental itu pada pukul 3.28 pagi tadi.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian, kita dapati kebakaran melibatkan lima buah kedai.

"Api berjaya dikawal dalam masa kira-kira 21 minit dan kejadian mengakibatkan setiap unit kedai terbakar hampir 90 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.

"Punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," tambahnya. - K! ONLINE