Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis, Teh Chai Aan berkata, kedua-dua premis itu melibatkan sebuah taska di Beseri dan pra sekolah, sebuah sekolah kebangsaan di Mata Ayer, masing-masing di Padang Besar dekat sini.

"Lima kanak-kanak berusia bawah 10 tahun dijangkiti HFMD iaitu tiga orang dari taska di Beseri sementara dua lagi murid pra sekolah di Mata Ayer.

"Keadaan lima kanak-kanak itu kini stabil dan sedang mendapat rawatan lanjut di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Sementara itu tambah beliau, seramai 45 kanak-kanak lain yang belajar di dua premis itu turut berisiko terdedah dengan HFMD.

"Penutupan kedua-dua premis tersebut bagi mengelakkan penyakit HFMD terus menular," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini. - K! ONLINE