Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, kesemua yang terselamat berusia 23 hingga 60-an.

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kejadian disedari oleh salah ahli keluarga yang juga jurujual berusia 23 tahun ketika sedang melayari Internet. 

Katanya, dia kemudiannya telah telah terhidu bau minyak petrol dan orang berjalan di hadapan rumahnya. 

"Sejurus kemudian, jurujual itu terdengar bunyi letupan dan api marak di bahagian hadapan rumah serta mengejutkan semua ahli keluarganya untuk keluar dari kediaman itu. 

"Mereka juga berusaha memadamkan kebakaran sebelum menghubungi pihak bomba," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau menambah, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati punca kebakaran disebabkan oleh petrol yang telah disimbah sekeliling rumah dan telah dibakar dengan menggunakan mancis. 

Ujarnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dengan jumlah kerugian dianggarkan RM2, 000. 

"Motif kejadian masih dalam siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api," katanya. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.08 pagi. 

"Sebaik tiba sembilan minit kemudian didapati kebakaran di bahagian rak kasut dan dinding rumah berjaya dipadamkan oleh keluarga terbabit dengan terdapat kesan petrol di rumah itu," katanya. - K! ONLINE