Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, selain itu, ia turut menarik kedatangan ramai pengunjung yang berpeluang menyaksikan pelbagai pertunjukan yang disediakan sepanjang pameran itu.

"Di samping itu, semasa LIMA, ada perjanjian-perjanjian perniagaan (ditandatangani) yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan jubli perak Permodalan Kedah Bhd (PKB) dan merasmikan Hotel Adya Chenang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai intipati perbincangan mesyuarat kabinet yang diadakan di sebuah hotel di sini, semalam.

Mahathir berharap Langkawi akan terus menjadi tuan rumah kepada acara dwitahunan itu yang seterusnya akan memberi manfaat kepada penduduk pulau peranginan berkenaan. - Bernama