"Kita lihat dan perhatikan, sejak penganjuran LIMA, industri kita telah meningkat dengan lebih baik, malah kita telah kuasai teknologi canggih dan mampu mengeluarkan barangan pertahanan untuk dieksport ke negara lain.

"Inilah rekod LIMA. Saya yakin kejayaan LIMA ini akan berterusan dan kita akan dapat banyak manfaat daripada pameran ini," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.

Anggota Parlimen Langkawi itu berkata, dengan adanya LIMA ini, negara akan melihat lebih banyak pelaburan dan kerjasama pihak luar dengan pengusaha tempatan dapat ditingkatkan lagi khasnya dalam peralatan pertahanan. 

Mahathir turut berkongsi hasil lawatannya ke gerai-gerai pempamer khasnya pada hari ini di mana beliau sendiri melihat kecanggihan Pusat Kawalan Udara yang boleh dilakukan seseorang yang tidak berpelajaran tinggi namun berminat untuk mengaturkan pendaratan dan penerbangan sesebuah pesawat. - Bernama