Gambar Lazarus Kaimbi dari Namibia yang pernah beraksi bersama Kelantan sebelum ini mula tular di media sosial hari ini.

Kehadiran Kiambi sebagai penyerang import baharu skuad Tok Gajah diperkuatkan lagi apabila beliau menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah sejak beberapa hari lalu di Kuantan.

Ze Love dikhabarkan akan digugurkan dari skuad kendalian Dollah Salleh itu apabila gagal mempamerkan aksi konsisten di bahagian jentera serangan.

Menurut sumber, Ze Love bagaimanapun belum menandatangani perjanjian tamat kontrak kerana bayaran daripada majikannya belum diselesaikan sepenuhnya.

Jika benar perkhabaran ini, Kiambi akan bergandingan dengan Dickson Nwakaeme di bahagian serangan untuk Pahang meneruskan misi mempertahankan Piala FA dan mengekalkan kedudukan kedua teratas carta Liga Super musim ini. - K! ONLINE