Seawal minit kelapan, pemain tengah, Muhammad Afiq Fazail meletakkan JDT di hadapan apabila menyempurnakan hantaran rakan pasukan sekaligus menghasilkan gol pendahulu perlawanan.

Pemain import kelahiran Argentina, Gonzalo Cabrera menghadiahkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-14 selepas pemain pertahanan PKNS menjatuhkan pemain JDT dalam kawasan kotak penalti.

Tersentak dua gol di hadapan, pasukan pelawat  menukar rentak perlawanan pada aksi kedua sekaligus menghasilkan gol pada minit ke-48 apabila Gabriel Guerra meledakan menerusi sepakan tajam menerjah jaring gol.

Namun kegembiraan pasukan PKNS meraikan gol itu tidak bertahan lama apabila Safawi Rasid menambah gol buat JDT pada minit ke-85 sekaligus menjarakkan jurang.

Kejayaan mengutip tiga mata penuh pada aksi kesepuluh Liga Super musim ini mengukuhkan kedudukan JDT apabila mengumpul 26 mata pada kedudukan semasa. - K! ONLINE