Pada perlawanan tersebut, pemain sayap sensasi, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri meledak dua gol pada minit ke-31 dan m-37 sebelum awang import, Kevin Osei melengkapkan kemenangan bergaya dengan gol ketiga pada penghujung babak kedua.

Kemenangan tersebut dilihat memberi suntikan moral buat skuad Singa Utara yang dilanda kontroversi hebat susulan kemelut dalaman pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) yang gagal melunaskan gaji sejak dua bulan lepas. - K! ONLINE