Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, peraturan tersebut tidak diamalkan oleh kerajaan terdahulu.

Menurutnya, syarikat-syarikat yang memohon AP sebelum ia dibekukan pada Julai lalu disifatkan sebagai menjalankan urus niaga secara percuma.

"Kita juga akan mengenakan peraturan-peraturan lain bagi semua pihak yang ingin memohon AP tersebut antaranya untuk menyatakan nama syarikat pengimport dan yang diimport serta kapasiti sebenar sisa plastik.

"Semua peraturan itu kita sedang kemas kini dan akan mula digunakan pakai selepas tempoh penggantungan AP berakhir pada 23 Oktober depan," katanya pada sidang akhbar di Majlis Daerah Kuala Langat di sini sebentar tadi. - K! ONLINE

levi

Levi sebanyak RM15 bagi setiap tan sisa plastik yang diimport menerusi AP bermula 24 Oktober depan. - Gambar fail