Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, selepas mengadakan lawatan ke beberapa rumah terjejas, pihaknya akan berbincang untuk membantu menuntut kerugian dengan Petronas.

"Saya ada melawat beberapa rumah mangsa dan saya berjanji kerajaan akan membantu mereka menuntut sebarang kerugian dengan pihak Petronas.

"Nasib baik tiada orang yang cedera di Kampung Lepau," katanya ringkas kepada media menerusi laman sembang WhatsApp hari ini.

Terdahulu, Jimmy Puah ke Kampung Lepau di sini, bagi melawat kediaman penduduk yang dilaporkan mengalami kerosakan susulan insiden itu.

Kampung Lepau adalah antara kampung paling berhampiran dengan lokasi kejadian iaitu kira-kira satu kilometer. - K! ONLINE