Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mangsa yang dikenali sebagai Ralf Der, 56, ditemui kira-kira 8.20 pagi oleh seorang petugas hotel.

Menurutnya, lelaki itu dikatakan menginap di hotel terbabit sejak 24 Februari lalu atas urusan kerja dan kali terakhir dilihat rakannya pada Sabtu lalu.

Nik Ros Azhan berkata, siasatan pihaknya mendapati tidak terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - K! ONLINE