Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian itu berlaku semalam ketika mangsa berada di sebuah pasar raya di Petaling Jaya sebelum didatangi seorang lelaki yang mendakwa dirinya kakitangan pasar raya dan memberitahu dia telah memenangi cabutan bertuah.

Menurut beliau, mangsa percaya dengan helah lelaki terbabit menaiki kereta suspek untuk menuntut hadiahnya di sebuah pasar raya di Bukit Tinggi namun begitu suspek meminta mangsa supaya menyerahkan kad bank dan kad kredit berserta pin serta dua telefon bimbit miliknya.

“Setibanya di pasar raya itu mangsa disuruh tunggu di tempat letak kereta pasar raya sebelum suspek menguruskan kereta yang telah dimenangi oleh warga emas terbabit.

“Bagaimanapun, selepas hampir tiga jam menunggu suspek tidak muncul menyebabkan mangsa mula curiga dan dia membuat semakan dengan bank sebelum mendapati wang RM9,500 di dalam akaun telah dikeluarkan,” kata beliau. - K! ONLINE