Mangsa dikenal pasti sebagai Salleh Arifin, 63, yang tinggal seorang diri di rumah tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.51 malam tadi dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah dengan 90 peratus kemusnahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, operasi memadam kebakaran dilakukan dan api berjaya dikawal pada pukul 9.28 malam ini.

"Satu mayat rentung kemudian ditemui di dalam rumah tersebut," ujarnya. - K! ONLINE