Mangsa, Ho Tong Chim, 89, ditemui orang awam pada pukul 11.25 pagi di sebelah kuari di denai sungai sebelum kejadian tersebut dimaklumkan kepada pasukan bomba dan penyelamat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Abdul Hazhar Ismail berkata, bertindak daripada maklumat tersebut, lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dijumpai kira-kira 1.5 kilometer dari motosikal yang diletakkan mangsa bersebelahan kuari.

"Anggota kemudian menyerahkan may at mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 1.51 petang," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Kampung Dato’ Seri Kamaruddin di sini dikatakan keluar menjerat binatang di kawasan itu pada petang 8 April lalu. - K! ONLINE