Pembunuhan itu berlaku pada awal pagi di sebuah stesen bawah tanah yang sibuk di Hamburg iaitu bandar kedua terbesar Jerman.

“Kejadian jenayah ini amat teruk dan ekstrem,” kata jurucakap polis, Timo Zill sambil menambah bahawa pihaknya menyifatkan insiden itu sebagai satu jenayah kemarahan.
 
Suspek berusia 33 tahun itu pada awalnya melarikan diri dan kemudiannya menghubungi polis. Dia kemudiannya ditahan di dalam stesen kereta api bawah tanah Jungfernstieg di sini.

Polis menyatakan kanak-kanak itu mati serta-merta dalam kejadian serangan kira-kira pukul 8.50 pagi (waktu tempatan) dan mangsa wanita berumur 34 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya di hospital. - AFP