Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab. Hamid berkata, suspek berusia 58 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat orang awam terhadap video berdurasi 41 saat itu. 

“Semakan mendapati kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dipandu suspek dalam kejadian Ahad lalu itu didaftarkan atas nama anak lelaki suspek. 

“Hasil siasatan mendapati suspek telah memelihara anjing tersebut sejak lebih setahun lalu dan lelaki itu mahu membuang haiwan itu selepas ia kerap menggigit wayar di rumahnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Razlam, anjing tersebut kemudian diletakkan di bahagian belakang kenderaan dan suspek mendakwa dia tidak menyedari haiwan itu terjatuh dan terseret di jalan.

“Suspek seterusnya membuang anjing itu di Pasar Aulong. 

“Dia kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 15 Februari depan bagi membantu siasatan,” katanya. 

Katanyanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953. - K! ONLINE