Dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu, mangsa, Radiman Junaidi, 46, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jantung Samarahan Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa gagal mengawal kenderaannya ketika melalui jalan itu.

"Ia mengakibatkan kenderaan berkenaan terbabas sebelum merempuh tiang lampu.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes berkenaan masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE