Dalam kejadian kira-kira pukul 11.05 pagi itu, mangsa, Shamsuddin Chat, 53, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM 250 itu datang dari arah Kepala Batas di Seberang Perai menuju ke arah George Town sebelum terlibat kemalangan.

"Mangsa dipercayai telah terlanggar bahu kiri jalan sebelum terbabas dan terjatuh sendiri ke kiri jalan raya.

"Akibat kejadian itu, dia meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita hari ini.

Che Zaimani berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE