Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa, Bukhari Abdullah, 46, dirempuh oleh kenderaan lain sehingga menyebabkannya maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shariat berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan lain.

“Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa telah gagal untuk mengawal motosikal yang ditunggangnya lalu terbabas merempuh pembahagi jalan dan maut di tempat kejadian akibat daripada kemalangan itu.

“Pihak kami masih mencari pemandu yang dipercayai telah merempuh mangsa. Sekiranya terdapat saksi bebas yang mengetahui akan kemalangan itu diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Azirul Ikmal Mohamed Nordin di talian 013-4284263 untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kejadian di sini hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE