Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mayat mangsa, Fong Ceen Yuen, 27, ditemui oleh seorang lelaki yang merupakan penduduk di PPR berkenaan sekitar pukul 7.50 pagi.

"Sebaik menemui mangsa yang terbaring kaku di kawasan meletak motosikal, lelaki tersebut terus menghubungi pihak polis.

"Siasatan awal mendapati mangsa tidak menetap di PPR berkenaan dan pihak polis masih menyiasat punca kejadian," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Menurut Mohamad Roy, pihaknya belum dapat menentukan mangsa jatuh dari tingkat berapa dan siasatan masih dijalankan. 

"Mayat mangsa seterusnya dihantar ke  Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat dan kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - K! ONLINE