Mangsa Lim Chung Wui, 56, ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dipercayai lemas kira-kira pukul 6.05 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, difahamkan selepas ditemui orang awam cuba memberikan bantuan pernafasan terhadap mangsa namun, tidak berjaya.

Dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 di lokasi kejadian.

"Mangsa yang merupakan rakyat tempatan seterusnya dihantar ke untuk proses bedah siasat.

"Selain itu, kami turut mengesan kereta milik mangsa jenis Proton Saga di sekitar Pantai Tanjung Aru 1," katanya.

Menurut Chandra, polis sedang mengesan waris keluarga mangsa supaya proses bedah siasat dapat dilaksanakan.

Sehubungan itu, ahli keluarga ataupun orang ramai yang mengenali mangsa sila hubungi balai polis berhampiran atau Inspektor Wagiman Seno di talian 016-843 6999.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - K! ONLINE