Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah melibatkan kumpulan terbabit.

"Siasatan kita kini menjurus kepada aktiviti pengedaran dadah melibatkan mangsa dan suspek. Bagaimanapun masih terlalu awal untuk kita rumuskan motif kejadian sebenar kes ini.

"Kita sedang menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut seterusnya mendapatkan motif sebenar kejadian," katanya pada sidang akhbar sempena Latihan Amal Ex-Undi Pilihan Raya Umum ke-14 Fasa Kedua Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. - K! ONLINE