Polis Metropolitan mengesahkan perkara itu dan beberapa anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan Masjid Seven Kings di Ilford, timur laut London itu.

Menurut laporan media sosial, jemaah cuba menahan lelaki itu yang dilihat keluar meninggalkan bangunan masjid. Sejurus selepas itu bunyi tembakan kedengaran.

“Anggota polis telah ditempatkan di lokasi kejadian bagi mengawal keadaan. Tiada kecederaan dilaporkan,” kata polis menerusi akaun Twitter.

Dalam kenyataan dikeluarkan polis kemudian mengatakan, siasatan awal mendapati pistol yang digunakan suspek adalah peluru kosong dan serangan tidak mempunyai kaitan dengan keganasan.

“Anggota polis akan terus ditempatkan di lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan masyarakat di kawasan sekitar,” tambah kenyataan itu. - Bernama