Insiden kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku apabila suspek berusia 30-an dikatakan telah memasuki ke bilik doktor berkenaan lalu menuang minyak petrol sebelum menyalakan api.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.55 petang dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian pihaknya mendapati api berjaya dipadamkan terlebih dahulu oleh pihak hospital berkenaan.

"Akibat kejadian itu, seorang doktor lelaki berusia 50-an dilaporkan cedera akibat melecur kira-kira 30 peratus manakala mangsa yang lain mengalami cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut jurucakap itu lagi, suspek berketurunan India yang disyaki menghidap masalah mental turut cedera pada tangan dan badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut,  Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pihak polis telah manahan suspek terbabit bagi mengetahui motif sebenar kejadian termasuk status kewarasannya. - K! ONLINE