Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, mangsa, Jamin Seligi, 51, ditemui pada pukul 12.35 tengah hari.

Menurutnya, mayat mangsa dijumpai kira-kira 3 kilometer (km) dari lokasi perahunya ditemui petang semalam.

"Semasa ditemui, keadaan anggota badan mangsa masih sempurna sebelum dibawa ke jeti Pekan Marudi.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Poh Kiong menambah, operasi mencari dan menyelamat mangsa tamat sepenuhnya pada pukul 12.56 tengah hari. - K! ONLINE