Mangsa, Mohd Fazli Ibrahim, 30, yang tinggal di Kampung Kala di sini ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat di dalam sungai berhampiran jambatan sementara Pulau Setelu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, operasi bermula Selasa lalu setelah ahli keluarga membuat laporan kehilangan mangsa yang tidak pulang ke rumah pada hari yang sama.

Katanya, mayat mangsa ditemukan terapung di permukaan air pada pukul 4.15  petang semalam kira-kira 500 meter dari lokasi motosikal jenis EX5 mangsa dijumpai.

“Operasi pencarian bermula pada 15 Ogos lalu pada pukul 8 pagi dengan anggota melakukan pencarian di kawasan motosikal mangsa berhampiran jambatan sementara Pulau Setelu.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, kes tersebut diklasifilasikan sebagai kematian mengejut. K! ONLINE