Ketua Polis Daerah Padang Besar, Pemangku Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, lelaki berusia 20 tahun ditahan kira-kira pukul 7.45 malam.

"Pemilik kebun berusia 42 tahun menyedari kehadiran suspek yang meninggal sebuah motosikal Yamaha 125Z di kebunnya.

"Suspek hanya sempat memetik empat biji mempelam harumanis sebelum pemilik kebun berjaya menangkapnya.

"Pemilik kebun kemudian menghubungi polis untuk menahan suspek. Hasil siasatan awal mendapati, lelaki itu bertindak sedemikian bagi membeli air ketum bagi menghilangkan ketagihan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harga empat biji mempelam ikon Perlis itu hanya RM25 dan dipercayai masih belum masak sepenuhnya.

Pemilik kebun itu mempunyai 150 pokok-pokok mempelam harumanis yang telah ditanam selama tiga tahun di kawasan tidak berpagar, sunyi dan jauh dari penempatan penduduk. - K! ONLINE