Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.30 petang.

“Lelaki yang berusia lingkungan 40-an itu dipercayai terjatuh ketika mendaki di puncak Gunung Nuang

“Rakan mangsa memaklumkan lelaki itu sudah meninggal dunia tetapi keadaan sebenarnya masih belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, pasukan bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam sudah naik ke puncak gunung itu pada pukul 3.15 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat sudah dilakukan bagi membawa mangsa turun,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba memberitahu, lokasi mangsa dipercayai terjatuh terletak kira-kira 100 meter dari puncak Gunung Nuang.

“Operasi pendakian untuk sampai ke lokasi mangsa dipercayai terjatuh mengambil masa enam jam dan Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) juga dikerahkan ke lokasi untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat,” katanya. - K! ONLINE