Dalam satu posting yang dikongsi di laman Facebook Gabungan Anak Terengganu, pengguna melahirkan rasa kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki dan wanita yang didakwa memalukan mangsa di satu kawasan di Batu Buruk.

Menerusi video berdurasi tujuh saat itu, mangsa yang digelar sebagai Pokya dilihat berada dalam keadaan berdiri dengan kedua-dua belah tangannya diikat ke belakang dan tidak memakai seluar.

Berdasarkan rakaman suara, dipercayai video tersebut diambil oleh seorang wanita sebelum seorang lelaki bertindak mencucuh punggung mangsa menggunakan pemetik api.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian itu. - K! ONLINE