Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Jamin Seligi, 51, dari Rumah Panjang Jipun Sungai Gaong dilaporkan terjatuh dari perahu ketika sedang membawa ikan dan udang untuk dijual di Pasar Marudi di sini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.16 pagi.

Katanya, sejurus menerima maklumat itu, sepasukan tujuh anggota bomba kemudian bergegas ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

"Jarak tempat kejadian dari pusat kawalan bomba dianggarkan sejauh 30 kilometer dengan menggunakan laluan sungai.

"Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Zon Miri turut diarahkan ke lokasi untuk membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Poh Kiong menambah, pasukan penyelamat kini masih membuat operasi dengan menggunakan kaedah pencarian di atas permukaan sungai.

Katanya, selain itu, pasukan bomba turut membuat selaman ke dalam sungai tersebut dengan menggunakan kaedah ikatan tali menyelamat.

"Berdasarkan maklumat daripada pasukan skuba, kedalaman sungai tersebut melebihi tiga meter. 

"Setakat pukul 5 petang ini, mangsa masih belum ditemui," katanya lagi. - K! ONLINE