Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, berdasarkan makluman awal, suspek dipercayai membunuh wanita itu di Kota Damansara hari ini.

"Suspek telah menyerah diri di Balai Polis Damansara bersama mayat teman wanitanya di dalam kereta sebentar tadi.

"Maklumat lanjut akan menyusul," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Satu sidang akhbar berhubung kes itu akan diadakan di balai polis berkenaan hari ini. - Bernama