Golongan tersebut terdiri daripada individu berusia di antara 16 hingga 60 tahun.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, bagi mengalakkan golongan yang tidak dilindungi oleh sistem perlindungan sosial yang formal untuk menabung demi masa depan, pihaknya telah memperkenalkan caruman sukarela yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Antaranya adalah Caruman Sukarela Insentif Persaraan (i-Saraan) yang sebelum ini dikenali sebagai Skim Persaraan 1Malaysia atau SP1M yang diperkenalkan pada tahun 2010 bagi menggalakkan individu yang tiada pendapatan tetap seperti petani, pemandu teksi dan peniaga kecil untuk menyimpan bagi hari tua, selain mendapat manfaat yang sama oleh ahli KWSP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa 2018 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Dr. Azizah Wan Ismail.

Pada majlis berkenaan, Dr. Wan Azizah turut melancarkan Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) bersama KWSP bagi memberi peluang kepada golongan suri rumah untuk menikmati keselamatan kewangan seperti yang dinikmati ahli KWSP.