Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, 19 daripada 30 buah pintu rumah panjang di situ musnah terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 11.30 malam.

Menurutnya, sejurus menerima maklumat kejadian itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi diarahkan ke lokasi untuk melakukan tindakan lanjut.

"Buat masa ini, pasukan bomba masih dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang mengambil masa kira-kira 10 jam perjalanan menggunakan jalan balak.

"Maklumat akan dikemas kini selepas mendapat maklumat terkini daripada pasukan bomba tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiong menambah, setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian tersebut masih belum diketahui. - K! ONLINE