Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, berlaku di kawasan seluas 0.12 hektar.

"Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.48 malam.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporan dalam insiden ini," katanya hari ini.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - K! ONLINE